Tuesday, November 24, 2009

orang kata...

orang kata,
dalam hidup kena ada pengorbanan.

tapi bagi saya,
pengorbanan je tak mencukupi.

orang kata,
kalau hati riang hidup pasti senang.

tapi bagi saya,
macamana hati nak riang kalau hidup tak senang.

orang kata,
kita mesti belajar dari kesilapan.

tapi bagi saya,
kesilapan itu hanya satu persepuluh dari pembelajaran.

orang kata,
kita hidup hanya sekali so enjoy your life.

tapi bagi saya,
ada ke istilah hidup berkali kali?

orang kata,
kita hidup bermasyarakat jadi bergaullah dengan mereka.

tapi bagi saya,
kenapa semua orang tak berfikiran begitu?

orang kata,
bila dah kerja mesti teringat balik zaman belajar.

tapi bagi saya,
kenapa masa zaman belajar semua gedik gedik nak kerja?

orang kata,
bila dah kerja, kerja la betul betul.

tapi bagi saya,
kerja kerja juga. personal life jangan diabaikan.

orang kata,
pergi la buat kerja.

tapi bagi saya,
inilah kerja saya. sampingan sahaja.

orang kata,
pergi la buat kerja.

tapi bagi saya,
saya masih bergini.

orang kata,
jangan sampai saya ulang tiga kali.

tapi bagi saya,
ulang la berkali kali. saya tak peduli. saya tetap begini.

p/s: ini coretan saya. tiada kena mengena dengan orang lain. jangan tiru aksi ini. sila rajin buat kerja masing masing.

above all, working life and personal life must balance. 
nak berfb, berym, tidak kisah asalkan kerja setel.

kerja kerja juga. 
enjoy tetap ada. 

adios.